Sejarah

Sekolah Menengah Kebangsaan  Taman Ehsan  (SMKTE) telah mengharungi beberapa peringkat hidup yang mencabar, mendebarkan dan kini sedang berkembang mekar. SMKTE mula diwujudkan pada 3 JANUARI 1979 dengan nama Sekolah Menengah Rendah Desa Jaya dan menumpang di bangunan Sekolah Menengah Kepong Baru, Kuala Lumpur.

Peringkat permulaan diasaskan oleh Encik Joseph Lopez (1.1.97 – 31.12.83) bersama-sama kakitangan yang gigih telah membanting tulang untuk mewujudkan sebuah “tapak semaian” yang kukuh dan berdisiplin. SMKTE mula menapak dengan 6 buah kelas (5 kelas peralihan, 1 kelas tingkatan 1), 9 orang guru, 227 orang murid, 3 orang kakitangan bukan guru dan seorang pelayan makmal. Semua pelajar belajar di sesi petang sahaja. Kerusi dan meja pelajar hanya dibekalkan oleh pihak Kementerian pada pertengahan bulan Februari 1979.

Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMKTE ditubuhkan pada 26.55.79 dan Mesyuarat Agung PIBG yang pertama telah diadakan pada 31.5.79, pukul 3 petang di bilik guru. Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah Ahli Parlimen kawasan Kepong, yang Berhormat Dr. Tan Tiong Hong dan Yang Berhormat Senator Tuan Haji Ibrahim Haji Yaacob (Allahyarham). Pada 1.12.80, pihak jabatan telah menghantar seorang kerani untuk melicinkan kerja-kerja perkeranian. Pada tahun 1981, pihak JKR telah membina bangunan kayu sementara yang mengandungi 4 buah kelas. Ada di antara pelajar dapat bersekolah di sesi pagi.

Tahun 1981 adalah merupakan tahun pertama sekolah ini mula menghasilkan calon-calon peperiksaan SRP. Keputusan yang dicapai adalah 64%. Pada tahun 1982, sekolah ini dipindahkan ke kawasan Taman Ehsan dan lahirlah Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Ehsan, Kepong Selangor. Jumlah pelajar adalah sebanyak 968 orang dan guru pula 34 orang. Pada tanggal 1.1.84, kepimpinan SMKTE telah bertukar tangan kepada Encik Kevin De Souza (1.1.84 – 1.1.86). Tapak semaian yang telah disediakan oleh Encik Joseph Lopez telah memudahkan kerja-kerja Encik Kevin untuk menyemai benih dan menanti hasilnya. Pelajar-pelajar mula menduduki peperiksaan SPM buat kali pertama pada tahun 1984 dan mencapai keputusan 51.1%.

Sepanjang tempoh perkhidmatannya beliau telah membeli 10 buah komputer, menjalankan kursus Penggunaan Komputer, mewujudkan bilik APD dan memasang sistem alat pembesar suara. Pada tahun 1985, SMKTE berjaya meraih gelaran Johan dalam pertandingan kantin di antara sekolah-sekolah daerah Gombak, dan memperoleh tempat ketiga dalam pertandingan peringkat negeri Selangor. Seorang pelajar SMKTE, Susana Jamian telah menjadi johan dalam pertandingan Mengarang Surat Asean Belia 1985, manakala Premjit Kaur telah dipilih untuk menyertai Projek Pertukaran Belia ke SMKTE kerana pada tanggal 18 Januari 1985, pukul 4.10 petang, sekolah ini telah dirasmikan oleh Y.B. Datuk Abdullah b. Hj. Ahmad Badawi, Menteri Pelajaran Malaysia pada ketika itu dalam satu upacara gilang gemilang.

Selain itu, bangunan sementara yang mengandungi 8 buah kelas telah sedia digunakan dan bilik-bilik seperti seni lukis, kaunseling, gerakan dan sukan telah diwujudkan. Tempat-tempat terus dibina adalah seperti tempat perhimpunan bitumin, tempat letak basikal dan gelanggang bola tampar. Pejabat sekolah juga telah diubahsuai. Sekolah ini juga buat pertama kalinya telah menjadi Pusat Peperiksaan Perdagangan Malaysia bagi calon-calon persendirian. Selain memberi sumbangan ke arah kecemerlangan akademik dan kokurikulum, Encik Kevin juga turut mencipta lagu sekolah manakala senikata lagu tersebut disusun oleh Pn. Siti Joharah Yeop.

Setalah genap 2 tahun En. Kevin berkhidmat, SMKTE didatangi oleh seorang pengetua yang baru iaitu En.Robert Pachymuthu (1.3.86 – 31.7.91). Sepanjang perkhidmatan Encik Robert, SMKTE pernah menduduki tempat ke 8 daripada 135 buah sekolah di Selangor dalam peperiksaan SPM 1987. SMKTE juga begitu cemerlang dalam bidang kokurikulum khususnya hoki dan pernah meriah gelaran Naib Johan dalam Kejohanan Hoki Juara 1989, projek pembinaan tambahan 3 blok dan makmal sains tulen dilaksanakan dan siap sepenuhnya pada bulan Jun 1991. Pada tanggal 31.7.91, En.Robert telah bersara daripada arena pendidikan dan telah digantikan oleh Tuan Hj.Abdul Azis Mohd Nor pada 21.4.92. Pada 1.1.92, sebuah blok segera yang mempunyai 4 buah kelas telah siap dibina dan sedia untuk digunakan. Sebuah bilik kebal juga telah dibina dan mula beroperasi pada bulan Jun 1993.

Sejak kedatangan Tuan Hj.Abdul Azis ke SMKTE, pelbagai pembaharuan dan kemajuan telah dicapai teutamanya tentang keceriaan. Wajah SMKTE semakin berubah dan bertambah gemilang, itulah kenyataannya. Di antara blok a dan c, kawasan perhimpunan, mengubah suai pejabat dan bilik pengetua, mewujudkan bilik rehat guru dan memasang permaidani di perpustakaan dan di pejabat. Hingga kini SMKTE berusia 21 tahun dan mempunyai lebih daripada 94 orang guru, 2000 orang pelajar, 12 orang kakitangan bukan guru dan 54 buah kelas.

Setelah melalui zaman gemilang dan jatuh bangun dalam arena pendidik, SMKTE masih tetap unggul dan bersedia menyahut seruan dan aspirasi Wawasan 2020.

Peristiwa-peristiwa bersejarah

Pada 18 haribulan Januari, 1985 merupakan hari yang bersejarah bagi Sekolah Menengah Taman Ehsan, Kepong, Selangor kerana sekolah kiat yang tersegam indah dibuka dengan rasminya oleh Menteri Pelajaran Malaysia, Yang Berhormat Datuk Abdullah bn Haji Ahmad Badawi pada pukul 4.10 petang.

Aturcara yang disediakan untuk menyambut hari yang paling bersejarah itu telah menambahkan kegemilangan dan kemeriahan upacara perasmian itu. Acara dimulakan dengan perhimpunan pelajar-pelajar sekolah di kawasan perhimpunan pada pukul 2.00 petang. Ia diikuti dengan ketibaan penjaga-penjaga pelajar.

Pengawas-penagawas, pasukan beruniform, pasukan kompang dan beberapa orang guru bertugas berbaris di laluan pintu masuk untuk mengalu-alukan para hadirin sekalian. Ketibaan Yang Berhormatr Datuk Abdullah bin Haji Ahmad Badawi disambut dengan tepukan yang memberangsangkan. Penolong pengawas sekolah telah menyematkan roset di baju Ynag Amat Berhormat Menteri Pelajaran. Seterusnya Menteri Pelajaran dengan diiringi bunga manggar telah disambut oleh Guru Besar serta beberapa orang kakitangan sekolah lalu dibawa ke tempat yang dikhaskan untuk mengambil tempat duduk.

Sebagai pembukaan, para tetamu diperdengarkan dengan nyanyian lagu sekolah oleh semua pelajar sekolah. Setelah itu, pengawas-pengawas mengambil tempat bertugas dan pelajar-pelajar yang lain berundur ke khemah yang telah disediakan untuk mendengar ucapan.

Guru besar, Encik Kevin De souza merangkap Pengerusi Jawatankuasa Perasmian sekolah memberikan ucapannya. Antara isi kandungannya ialah tentang sejarah sekolah dan harapannya bagi masa depan SMKTE. Guru Besar mengakhiri ucapan dengan mengharapkan semoga kejayaan sekolah tercapai. Ini diikuti pula dengan ucapan Encik Jamian bin Warno selaku PIBG SMKTE.

Setelah tepukan yang merangsangkan, Datuk Menteri bangun memberi ucapannya. Beliau memulakan ucapan dengan menegaskan kepntingan disiplin pelajar-pelajar sekolah untuk menjamin kejayaan sesebuah sekolah. Menteri Pelajaran meningatkan pelajar bahawa disiplin yang baik serta sifat tanggungjawab yang tersemai akan mengelakkan dari berlakunya penjenayahan seperti penyalahgunaan dadah. Dalam ucapan beliau itu juga, Yang Berhormat menyeru pelajar-pelajar mengamalkan sikap toleransi demi mengeratkan perpaduan.

Selepas itu, persembahan koir dilangsungkan. Ia diikuti dengan istiadat perasmian dan penyampaian cenderamata yang merupakan saat keemasan dan paling bersejarah bagi sekolah kita. Istiadat itu disempurnakan oleh Menteri Pelajaran Malaysia dengan iringan paluan kompang dan diakhiri dengan bacaan doa selamat.

Pada pukul 4.20 petang setelah selesai upacara perasmian itu, Yang Berhormat Menteri Pelajaran serta para hadirin melawat pameran yang diadakan seperti bilik alat Pandang Dengar (APD), bilik computer, perpustakaan, Senilukis, Kerjaya, Sains Rumahtangga serta Seni Perusahaan. Berkat usaha para guru dan pelajar selama ini, pameran itu mendapat sambutan yang menggalakkan dari hadirin sekalian.

Jamuan ringan telah diadakan di bilik Sains Rumahtangga setelah rombongan tersebut melihat pameran yang diadakan. Serentak dengan jamuan tersebut, pertunjukan kebudayaan dan karate dijalankan di tapak perhimpunan sekolah. Pertunjukan itu mencerminkan kebudayaan kebangsaan Malaysia di mana terdapat tarian Melayu, Cina, dan India. Persembahan karate yang menarik hati dilakukan oleh anggota seni mempertahankan diri Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Ehsan.

Pada masa yang sama, perlawanan bola sepak dan bola jarring dijalankan di padang sekolah. Padang dipenui dengan pelajar-pelajar serta suara sorakan mereka.

Setelah Yang Berhormat Datuk Abdullah bin Ahmad Badawi selesai menikmati jamuan serta pertunjukan kebudayaan dan persembahan karate, Menteri Pelajaran dan juga para hadirin berangkat pulang.

Majlis diakhiri pada pukul 5.00 petang. Perasmian sekolah ini telah membuka jalan yang lebih cemerlang bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Ehsan, Kepong, Selangor.