Kejohanan Merentas Desa & Hari Sukan Negara 2016

Sempena meraikan Hari Sukan Negara yang disambut seluruh negara pada 8 Oktober 2016,SMK Taman Ehsan telah mendapat undangan untuk menyertai Rimbathon anjuran FRIM.Selaku sekolah angkat FRIM,SMKTE telah mengambil kesempatan ini untuk mengadakan acara Merentas Desa yang bertempat di ROVER TRACK,FRIM.

Advertisements

Craft & Chef

Aktiviti Minggu Pendidikan Khas, murid-murid dilatih menyediakan menu sarapan pagi dalam masa 1 jam. Murid berbincang menu sehari sebelum aktiviti dijalankan untuk guru menyediakan bahan untuk memasak.img-20160906-wa0015

Craft & Watermelon

Aktiviti Minggu Pendidikan Khas 2016, murid-murid diajar dan dilatih mengukir buah tembikai. Murid sangat teruja kerana diberi peluang mencuba sesuatu yang baru. Disamping dapat mencungkil bakal terpendam murid yang berkebolehan.img-20160908-wa0005

Majlis Perasmian Minggu Pendidikan Khas 2016

Bertetapan 05 September yang lalu, PPKI SMK Taman Ehsan telah mengadakan satu majlis perasmian ringkas sempena Minggu Pendidikan Khas 2016. Program ini merupakan program tahunan yang melibatkan warga pendidikan khas SMK Taman Ehsan selama seminggu. Pelbagai aktiviti menarik dirancang untuk murid berkeperluan khas ini.

Hari Keluarga, Graduasi & Sambutan Hari Jadi PPKI

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) telah menganjurkan hari bergembira bersama-sama murid dan guru berserta keluarga iaitu gabungan 3 program tahunan PPKI : Hari Keluarga PPKI, Hari Graduasi dan Sambutan Hari Jadi. Pelbagai aktiviti diselitkan dalam program ini.

International Goodwill Liaison 2016

Pada 5 Ogos 2016, SMK Taman Ehsan telah menerima tetamu daripada negara matahari terbit yang terdiri daripada 4 orang guru dan 3 orang pelajar dari Tokyo Arakawa Ward Hara Secondary School, Jepun. Mereka telah dipersembahkan dengan kebudayaan kaum di Malaysia dan dibawa melawat Bilik Seni dan Bengkel Jahitan KHB. Sebelum mengakhiri lawatan, unit PPKI telah berbesar hati memberi cenderamata berupa replika wau bulan kepada peserta lawatan.

Aktiviti Sukan PPKI

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) menyediakan aktiviti sukan untuk murid-muid berkelainan upaya di sekolah ini. Aktiviti ini bertujuan untuk melatih sosial dan kemahiran murid tersebut.