Perkhemahan Kadet Polis Daerah Gombak

Pasukan Kadet Polis SMK Taman Ehsan telah berjaya meneraju Perkhemahan Kadet Polis Daerah Gombak pada :-

  • Tarikh : 10-13 Ogos 2016
  • Tempat : The Rock, Ulu Yam, Selangor
  • Pemimpin Kem : Asp. Mohd Rezuan & Ins. Mohd Shafik (Guru SMK Taman Ehsan)

Antara aktiviti yang dijalankan ialah kawad kaki, teori riffle M16, rentas halangan, pandu arah dan explorace hutan. Perkhemahan ini telah disertai oleh 30 peserta SMK Taman Ehsan dan mengumpulkan 200 peserta daripada

seluruh daerah Gombak. Diharap aktiviti ini dapat melahirkan pelajar yang lebih aktif dan berdaya saing.

International Goodwill Liaison 2016

Pada 5 Ogos 2016, SMK Taman Ehsan telah menerima tetamu daripada negara matahari terbit yang terdiri daripada 4 orang guru dan 3 orang pelajar dari Tokyo Arakawa Ward Hara Secondary School, Jepun. Mereka telah dipersembahkan dengan kebudayaan kaum di Malaysia dan dibawa melawat Bilik Seni dan Bengkel Jahitan KHB. Sebelum mengakhiri lawatan, unit PPKI telah berbesar hati memberi cenderamata berupa replika wau bulan kepada peserta lawatan.

Program Perkampungan Ilmu SPM (Slot Matematik)

Tarikh : 13 OGOS 2016

Masa : 1.30petang – 3.00 petang

Jumlah Murid : 64 orang

Penceramah : Puan Chai Sow Kuen

Ladap KSSM 2016

Bidang Sains & Matematik telah mengadakan Ladap Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang bertujuan memberi pendedahan kurikulum baru yang akan dilaksanakan menjelang 2017. Semua guru Sains dan Matematik telah menyertai kursus ini dan bersedia dengan kurikulum baru yang akan dipelopori pelajar tingkatan 1 tahun hadapan.

Program Perkampungan Ilmu SPM (Slot Sejarah)

Tarikh : 13 OGOS 2016

Masa : 10.30 pagi – 12.30 tengahari

Jumlah murid : 64 orang

Program Perkampungan Ilmu SPM (Slot Bahasa Melayu)

Tarikh :  13 OGOS 2016

Masa    :  8.00 pagi – 10.00 pagi

Jumlah murid : 64 orang

Aktiviti Sukan PPKI

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) menyediakan aktiviti sukan untuk murid-muid berkelainan upaya di sekolah ini. Aktiviti ini bertujuan untuk melatih sosial dan kemahiran murid tersebut.