Gotong Royong Membersihkan dan Menceriakan Kelas Tingkatan 6

Tarikh : 14.1.2017
Hari : Sabtu
Masa : 11 pagi
Tempat : Kelas-kelas Tingkatan 6, Blok D, Tingkat 4

Satu gotong royong telah berlangsung hari ini. Antara tujuan utama ialah dapat membersihkan kelas, menghias kelas dan dapat bekerjasama dalam satu pasukan. Kelas Bersih, Minda Cergas

pizap-com14869611377071

Mesyuarat Agong Unit Beruniform

Tarikh : 14.1.2017
Masa : 8:30 hingga 11:00 pagi
Tempat : Blok E, SMK Taman Ehsan

Mesyuarat Agong Unit Beruniform sekolah telah dilaksanakan pada 14.1.2017. Selain daripada itu, ada juga Kelab, Persatuan, Sukan dan Permainan menghias dan meletakkan maklumat pada papan kenyataan masing-masing. Kerjasama yang erat dapat ditunjukkan oleh para pelajar SMK Taman Ehsan

pizap-com14875689695681

Selamat Tahun Baru Cina 2017

Kami mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua guru dan murid yang berbangsa Cina.

ucapan-tahun-baharu-cina-2017-edit-4

Penglibatan Pelajar Tingkatan 6 dengan St.Johns Ambulance

Tarikh : 7.1.2017

fon-yes-614fon-yes-613fon-yes-612

Majlis Perpisahan Puan Aznuryanti

Tarikh : 6.1.2017
Hari : Jumaat
Masa : 3:00 petang

SMK Taman Ehsan telah kehilangan seorang guru yang sangat berdedikasi iaitu Puan Aznuryanti. Beliau telah berpindah ke negeri Kedah Darul Aman iaitu di SMK Tuanku Abdul Rahman. Semoga beliau terus sukses dalam mendidik anak bangsa. Terima kasih Puan Aznuryanti.

fon-yes-588

fon-yes-591

fon-yes-597

Selamat Kembali Ke Sekolah 2017

Diucapkan SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH kepada semua warga SMK Taman Ehsan.

kembali

Ucapan Tahun Baru Pengetua 2017

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera kepada barisan pentadbir, guru-guru dan kakitangan pelaksana, ibu bapa dan para pelajar yang saya hormati dan kasihi sekalian.

Selamat Tahun Baharu diucapkan kepada semua dan semoga tahun 2017 akan lebih banyak lakaran kejayaan yang akan dicipta.

Dalam mendepani kecanggihan dan kemajuan dunia tanpa sempadan warga pendidik perlu bijaksana untuk berupaya memberi pendidikan yang terbaik dan terkini. Pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang kini memasuki Gelombang Kedua membuktikan segala usaha dan ikthiar yang dirancang telah membuahkan hasil yang memberangsangkan. Hal ini dapat dilihat melalui pembaharuan dalam sistem pendidikan berjaya memudahkan kerja-kerja pengurusan dan pembelajaran dilaksanakan lebih sistematik dengan pengaplikasian kepakaran Sains dan Teknologi.

Sehubungan itu,  kita perlu sentiasa bersedia dari segi fizikal dan mental dalam mendepani dunia pendidikan yang semakin mencabar dan bersifat kompetitif. Budaya kerja sepasukan yang menjadi amalan perlu diteruskan agar visi dan misi sekolah untuk menyediakan pendidikan yang berkualiti dapat dilaksanakan dalam usaha melahirkan insan yang terdidik dari aspek rohani dan jasmani. Justeru itu, saya menyeru seluruh warga SMKTE terus maju ke hadapan untuk memastikan sekolah kita mampu memberi  sumbangan besar dalam sistem pendidikan negara. Kepada para ibu bapa dan komuniti setempat terima kasih atas kerjasama padu dan sumbangan yang diberikan selama ini kepada pihak sekolah. Tidak lupa juga setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada AJK PIBG sekolah yang sentiasa memberi sokongan padu kepada pihak sekolah.

Sekian, terima kasih.

SMKTE BOLEH!

SMKTE NO.1!

PUAN PATIFAH BINTI SHAMSUDDIN