Apa itu SSQS?

SSQS (Smart School Qualification Standards) adalah sistem penarafan bintang yang dicapai oleh sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Tujuan pelaksanaaan SSQS adalah untuk menilai amalan-amalan terbaik bagi pembudayaan ICT di 88 buah sekolah Bestari dan diperluaskan ke semua sekolah di seluruh negara. Aplikasi ini digunakan untuk membuat kajian dan mendapatkan maklumbalas berkaitan pembudayaan dan penggunaan ICT di sekolah. Bermula penggunaan secara manual di semua sekolah bestari dan kini aplikasi  telah dibina berasaskan web dan diperluaskan bagi membuat penarafan di semua sekolah seluruh Malaysia.

http://ssqs.moe.edu.my/ssqs/

Objektif SSQS

Terdapat lima objektif SSQS seperti berikut:
1. Menjadi satu sistem petunjuk untuk mengukur penggunaan ICT dalam pendidikan,
2. Memberi asas untuk perancangan polisi dan pembaikan program,
3. Menaiktarafkan piawaian dalam pendidikan,
4. Menjadi pemangkin (catalyst) untuk perubahan dalam pendidikan, dan
5. Memperkasakan (empower) guru dan murid.

Anugerah Pembestarian Sekolah SSQS 5 Bintang Negeri Selangor bagi tahun 2015

SMK Taman Ehsan telah berjaya mencapai 5-Bintang dalam penarafan sekolah berasaskan Smart School Qualification Standards (SSQS) di Majlis Penganugerahan Kecemerlangan Teknologi Pendidikan Negeri Selangor pada 25 Februari 2016 di SMK Sains Banting.

Tahniah warga SMKTE!

ssqs

Penggunaan YES Mail ID VLE Frog

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada guru-guru SMKTE,

Mohon kepada semua guru untuk mengaktifkan Yes Mail ID Vle Frog sebagai group email rasmi bagi guru-guru SMKTE.

 

Screenshot 2016-01-19 at 6.31.25 PM

Harap maklum dan terima kasih.