Kejohanan Merentas Desa & Hari Sukan Negara 2016

Sempena meraikan Hari Sukan Negara yang disambut seluruh negara pada 8 Oktober 2016,SMK Taman Ehsan telah mendapat undangan untuk menyertai Rimbathon anjuran FRIM.Selaku sekolah angkat FRIM,SMKTE telah mengambil kesempatan ini untuk mengadakan acara Merentas Desa yang bertempat di ROVER TRACK,FRIM.

Perkhemahan Perdana Kepimpinan & RIMUP 2016

Tarikh: 26/8/16 – 28/8/16

Tempat : Photon Valley, Hulu Klang

Peserta : 83 orang pelajar2016-08-28_19-28-372016-08-28_19-28-372016-08-28_19-19-062016-08-28_19-16-22

Perkhemahan Kadet Polis Daerah Gombak

Pasukan Kadet Polis SMK Taman Ehsan telah berjaya meneraju Perkhemahan Kadet Polis Daerah Gombak pada :-

  • Tarikh : 10-13 Ogos 2016
  • Tempat : The Rock, Ulu Yam, Selangor
  • Pemimpin Kem : Asp. Mohd Rezuan & Ins. Mohd Shafik (Guru SMK Taman Ehsan)

Antara aktiviti yang dijalankan ialah kawad kaki, teori riffle M16, rentas halangan, pandu arah dan explorace hutan. Perkhemahan ini telah disertai oleh 30 peserta SMK Taman Ehsan dan mengumpulkan 200 peserta daripada

seluruh daerah Gombak. Diharap aktiviti ini dapat melahirkan pelajar yang lebih aktif dan berdaya saing.

Mega Merdeka 2016

Program Mega Merdeka telah dianjurkan oleh Unit Kokurikulum dengan kerjasama unit kemanusiaan.  Program ini telah diadakan pada 1 Ogos 2016 sempena Perasmian Bulan Kemerdekaan dan Kemanusiaan.