Kejohanan Merentas Desa & Hari Sukan Negara 2016

Sempena meraikan Hari Sukan Negara yang disambut seluruh negara pada 8 Oktober 2016,SMK Taman Ehsan telah mendapat undangan untuk menyertai Rimbathon anjuran FRIM.Selaku sekolah angkat FRIM,SMKTE telah mengambil kesempatan ini untuk mengadakan acara Merentas Desa yang bertempat di ROVER TRACK,FRIM.

Advertisements

International Goodwill Liaison 2016

Pada 5 Ogos 2016, SMK Taman Ehsan telah menerima tetamu daripada negara matahari terbit yang terdiri daripada 4 orang guru dan 3 orang pelajar dari Tokyo Arakawa Ward Hara Secondary School, Jepun. Mereka telah dipersembahkan dengan kebudayaan kaum di Malaysia dan dibawa melawat Bilik Seni dan Bengkel Jahitan KHB. Sebelum mengakhiri lawatan, unit PPKI telah berbesar hati memberi cenderamata berupa replika wau bulan kepada peserta lawatan.

Mega Merdeka 2016

Program Mega Merdeka telah dianjurkan oleh Unit Kokurikulum dengan kerjasama unit kemanusiaan.  Program ini telah diadakan pada 1 Ogos 2016 sempena Perasmian Bulan Kemerdekaan dan Kemanusiaan.