Apa itu SSQS?

SSQS (Smart School Qualification Standards) adalah sistem penarafan bintang yang dicapai oleh sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Tujuan pelaksanaaan SSQS adalah untuk menilai amalan-amalan terbaik bagi pembudayaan ICT di 88 buah sekolah Bestari dan diperluaskan ke semua sekolah di seluruh negara. Aplikasi ini digunakan untuk membuat kajian dan mendapatkan maklumbalas berkaitan pembudayaan dan penggunaan ICT di sekolah. Bermula penggunaan secara manual di semua sekolah bestari dan kini aplikasi  telah dibina berasaskan web dan diperluaskan bagi membuat penarafan di semua sekolah seluruh Malaysia.

http://ssqs.moe.edu.my/ssqs/

Objektif SSQS

Terdapat lima objektif SSQS seperti berikut:
1. Menjadi satu sistem petunjuk untuk mengukur penggunaan ICT dalam pendidikan,
2. Memberi asas untuk perancangan polisi dan pembaikan program,
3. Menaiktarafkan piawaian dalam pendidikan,
4. Menjadi pemangkin (catalyst) untuk perubahan dalam pendidikan, dan
5. Memperkasakan (empower) guru dan murid.

Anugerah Pembestarian Sekolah SSQS 5 Bintang Negeri Selangor bagi tahun 2015

SMK Taman Ehsan telah berjaya mencapai 5-Bintang dalam penarafan sekolah berasaskan Smart School Qualification Standards (SSQS) di Majlis Penganugerahan Kecemerlangan Teknologi Pendidikan Negeri Selangor pada 25 Februari 2016 di SMK Sains Banting.

Tahniah warga SMKTE!

ssqs

Pengumuman atau Hebahan Aktiviti SMKTE 2016

Kepada semua guru yang ingin menghantar pengumunan atau hebahan sebarang aktiviti boleh emailkan di ictsmkte@gmail.com dan sertakan sekali beberapa keping gambar atau dokumen yang berkaitan.

Sekiranya pengumunan dan hebahan adalah ringkas boleh smskan sahaja kepada Penyelaras ICT.

Sekian, terima kasih.

Permohonan Online e-SSeM ke Tingkatan Satu 2017

Permohonan secara online (e-SSeM) ke Tingkatan Satu (1) Sekolah Seni Malaysia untuk persekolahan 2017 melalui laman web www.moe.gov.my bermula 1 April 2016 sehingga 31 Ogos 2016.

Naib Johan Peringkat Kebangsaan Patrol Dengue 2015

 

dengue-patrol_1naib johan patrol dengue2

Johan Persembahan Patrol Dengue Peringkat Kebangsaan 2015

johan persembahan patrol degue

Tempat ke 3 Bilik Segar Terbersih Pertandingan 3K Negeri Selangor (Sekolah) 2015

bilik segar terbersih

Saguhati #sayasayangcikgu anjuran KPM dan Hot FM 2015

sayasayangcikgu1.jpg2

Tahniah Cikgu Liyana dan adik Tan Kah Hooi.

Tokoh Nilam Kategori Sekolah Menengah Bahasa Melayu 2014

tokoh nilam

Nur Lyana binti Ezani menerima anugerah Tokoh Nilam Sekolah Menengah bagi Kategori Bahasa Melayu (Johan) 2014.

Peningkatan GPS dlm SPM 2014

gps

Sijil Penghargaan daripada PPD Gombak atas peningkatan Gred Purata Sekolah (GPS) dalam SPM 2014.

Tahniah warga SMKTE!