LATIHAN RUMAH SUKAN

TARIKH : FEBRUARI – MAC 2017
MASA : SESI PETANG 8:00 PAGI
SESI PAGI 3.30 PETANG
TEMPAT : PADANG SMK TAMAN EHSAN

SESI LATIHAN BAGI RUMAH SUKAN SUDAH BERMULA PADA 21.2.2017. SESI LATIHAN INI MELIBATKAN PERSEDIAAN PARA PELAJAR UNTUK MERENTAS DESA DAN HARI SUKAN KELAK.
SETIAP RUMAH SUKAN TELAH BERLATIH BERLARI DI PADANG BERHAMPIRAN DENGAN STOR SUKAN.
RUMAH SIAPAKAH BAKAL MENJADI JUARA TAHUN INI???
BLUE BETTLE, GREEN HORNET, RED ANTS ATAU PUN YELLOW BUMBLE BEE

Kejohanan Merentas Desa & Hari Sukan Negara 2016

Sempena meraikan Hari Sukan Negara yang disambut seluruh negara pada 8 Oktober 2016,SMK Taman Ehsan telah mendapat undangan untuk menyertai Rimbathon anjuran FRIM.Selaku sekolah angkat FRIM,SMKTE telah mengambil kesempatan ini untuk mengadakan acara Merentas Desa yang bertempat di ROVER TRACK,FRIM.

Perkhemahan Perdana Kepimpinan & RIMUP 2016

Tarikh: 26/8/16 – 28/8/16

Tempat : Photon Valley, Hulu Klang

Peserta : 83 orang pelajar2016-08-28_19-28-372016-08-28_19-28-372016-08-28_19-19-062016-08-28_19-16-22

Perkhemahan Kadet Polis Daerah Gombak

Pasukan Kadet Polis SMK Taman Ehsan telah berjaya meneraju Perkhemahan Kadet Polis Daerah Gombak pada :-

  • Tarikh : 10-13 Ogos 2016
  • Tempat : The Rock, Ulu Yam, Selangor
  • Pemimpin Kem : Asp. Mohd Rezuan & Ins. Mohd Shafik (Guru SMK Taman Ehsan)

Antara aktiviti yang dijalankan ialah kawad kaki, teori riffle M16, rentas halangan, pandu arah dan explorace hutan. Perkhemahan ini telah disertai oleh 30 peserta SMK Taman Ehsan dan mengumpulkan 200 peserta daripada

seluruh daerah Gombak. Diharap aktiviti ini dapat melahirkan pelajar yang lebih aktif dan berdaya saing.

International Goodwill Liaison 2016

Pada 5 Ogos 2016, SMK Taman Ehsan telah menerima tetamu daripada negara matahari terbit yang terdiri daripada 4 orang guru dan 3 orang pelajar dari Tokyo Arakawa Ward Hara Secondary School, Jepun. Mereka telah dipersembahkan dengan kebudayaan kaum di Malaysia dan dibawa melawat Bilik Seni dan Bengkel Jahitan KHB. Sebelum mengakhiri lawatan, unit PPKI telah berbesar hati memberi cenderamata berupa replika wau bulan kepada peserta lawatan.

LDP Website SMK Taman Ehsan

LDP Website SMK Taman Ehsan diadakan pada 12 Ogos 2016, jam 12.30 hingga 2.30 petang.

Mega Merdeka 2016

Program Mega Merdeka telah dianjurkan oleh Unit Kokurikulum dengan kerjasama unit kemanusiaan.  Program ini telah diadakan pada 1 Ogos 2016 sempena Perasmian Bulan Kemerdekaan dan Kemanusiaan.