Program Perkampungan Ilmu SPM

Program Perkampungan Ilmu akan diadakan pada 13 Ogos 2016, bersamaan hari Sabtu. Program ini melibatkan murid tingkatan lima. Program ini bertujuan untuk membantu murid menjawab soalan peperiksaan menggunakan teknik yang berkesan. Mata pelajaran yang difokuskan melalui program ini ialah Bahasa Melayu, Sejarah, dan Matematik.

Pengumuman atau Hebahan Aktiviti SMKTE 2016

Kepada semua guru yang ingin menghantar pengumunan atau hebahan sebarang aktiviti boleh emailkan di ictsmkte@gmail.com dan sertakan sekali beberapa keping gambar atau dokumen yang berkaitan.

Sekiranya pengumunan dan hebahan adalah ringkas boleh smskan sahaja kepada Penyelaras ICT.

Sekian, terima kasih.

Permohonan Online e-SSeM ke Tingkatan Satu 2017

Permohonan secara online (e-SSeM) ke Tingkatan Satu (1) Sekolah Seni Malaysia untuk persekolahan 2017 melalui laman web www.moe.gov.my bermula 1 April 2016 sehingga 31 Ogos 2016.

Majlis Anugerah Kecemerlangan 2015

Sekolah akan mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan 2015 seperti berikut :

  • Hari        :  Ahad
  • Tarikh    :  10 April 2016
  • Masa     :   8.30 pagi
  • Tempat :  Dewan Sri Ehsan, SMK Taman Ehsan

Tahniah kepada semua murid penerima anugerah kecemerlangan dalam bidang kurikulum 2015.

Selamat Maju Jaya!