Ucapan Tahun Baru Pengetua 2017

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera kepada barisan pentadbir, guru-guru dan kakitangan pelaksana, ibu bapa dan para pelajar yang saya hormati dan kasihi sekalian.

Selamat Tahun Baharu diucapkan kepada semua dan semoga tahun 2017 akan lebih banyak lakaran kejayaan yang akan dicipta.

Dalam mendepani kecanggihan dan kemajuan dunia tanpa sempadan warga pendidik perlu bijaksana untuk berupaya memberi pendidikan yang terbaik dan terkini. Pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang kini memasuki Gelombang Kedua membuktikan segala usaha dan ikthiar yang dirancang telah membuahkan hasil yang memberangsangkan. Hal ini dapat dilihat melalui pembaharuan dalam sistem pendidikan berjaya memudahkan kerja-kerja pengurusan dan pembelajaran dilaksanakan lebih sistematik dengan pengaplikasian kepakaran Sains dan Teknologi.

Sehubungan itu,  kita perlu sentiasa bersedia dari segi fizikal dan mental dalam mendepani dunia pendidikan yang semakin mencabar dan bersifat kompetitif. Budaya kerja sepasukan yang menjadi amalan perlu diteruskan agar visi dan misi sekolah untuk menyediakan pendidikan yang berkualiti dapat dilaksanakan dalam usaha melahirkan insan yang terdidik dari aspek rohani dan jasmani. Justeru itu, saya menyeru seluruh warga SMKTE terus maju ke hadapan untuk memastikan sekolah kita mampu memberi  sumbangan besar dalam sistem pendidikan negara. Kepada para ibu bapa dan komuniti setempat terima kasih atas kerjasama padu dan sumbangan yang diberikan selama ini kepada pihak sekolah. Tidak lupa juga setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada AJK PIBG sekolah yang sentiasa memberi sokongan padu kepada pihak sekolah.

Sekian, terima kasih.

SMKTE BOLEH!

SMKTE NO.1!

PUAN PATIFAH BINTI SHAMSUDDIN

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: